||In life Allah doesn’t give you the person you want, instead He give you the person you need to love you, hurt you and teach you the real meaning of LIFE.||
Wednesday, October 1, 2008
Takbir bergema lagi ...
Selamat Hari Raya Aidilfitri 1429H. Walaupun ianya agak suram namun ianya tetap diraikan. Tahun ini keadaan kesihatan mak x mengizinkan, mak terpaksa dimasukkan ke wad coz suhu badannya mencecah 39.5 darjah celcius. Hurmmm.. semua org jatuh sakit.. mula2 afifi.. then husna.. and lastly my beloved mum.. aku? alhamdulillah.. secara fizikal aku kelihatan sihat.. namun tiada siapa yang tahu.. berbalik kpd mak.. mak mmg x kenal erti penat.. semuanya mak nak buat and sediakan.. kekadang aku sendiri rasa penat.. ade sj kerja yang mak nak buat, x cukup tugasan sebagai seorang pendidik.. mak juga menjual kuih-muih, biskut raya.. bila ditanya mengapa.. jawapan yg paling kerap dr mulutnya adalah hobi.. aku mmg suka masakan dari air tangan mak.. kekadang mak sanggup mengumpan aku dgn masakannya utk aku pulang ke rumah.. aku pantang sekali dgn makanan.. he he he .. kekadang setiap minggu aku balik ke rumah mak ayah aku dek kerana pujukan mak.. mak oh mak.. mana mungkin aku akan memiliki mak seperti mak sekarang. mak lah ratu hatiku, mak lah insan yg paling terbaik dlm hidupku.. walaupun x semua masalah dikongsi bersama, mak ttp dihati aku.. sayu aku lihat mak beraya di hospital.. mak x bertukar baju raya pun.. aku ingatkan lepas mak ke hospital, mak balik semula ke rumah.. jd aku planning nak ambil family pic.. namun panggilan ayahku mengubah segala perancangan aku pg itu.. x jadilah kami bergambar.. baju mak yang dah siap chik iron.. terpaksa disimpan semula.. Actually, aku x sedar bila masa mak dibawa ke hospital... aku sibuk sediakan sambal ikan bilis utk di mkn dgn lontong di dapur.. dah siap semuanya.. baru aku sedar ttg mak.. A: mak mana? H: hospital. A: pi dgn siapa? (sbbnya aku lihat semua adk2ku berada disekitar dlm rumah) H: pi dgn suami mak lah (maksudnya ayah aku le.. saje je adk aku nak mengenakan aku yg blurrr) A: owhhh... mana lah akak nak tahu.. kot2 lah pi ngan abg ke.. aji ke.. H: ehh... dah mak sakit mestilah suami mak yg bawakan ke hospital.. cuba ko tgk.. kalau ko sakit x kan dik na yg nak bawakan ke hospital mestilah suami ko.. A: elleh... manalah nak tahu kalau dpt suami x mithali.. sebelum kawin bercinta sakan, bagai nak rak tapi lepas kawin x ade cinta dah... sakitpun org lain yang nak kena hantarkan.. (mcm manalah aku boleh keluarkan statement negatif mcm ni) H: ko ni.. poyo betullah.. adik2ku pakat2 ketawakan aku.. he he he he.. aku agak prejudis dgn cinta... bg aku.. lelaki semuanya sama je.. kekadang mcm talam dua muka.. mulut manis saja bila menganyam itu dan ini.. suka sangat permainkan perasaan org lain.. kalau x yakin kenapa mesti kita maniskan mulut.. bullshit man.. btw, I dun believe them at all.. coz tll byk perkara negatif yg aku temui.. tahun ini, aku ingin & sedang cuba untuk memaafkan, biarlah ianya berlalu dan biarlah mereka bahagia dgn cara mereka.. aku tidaklah sempurna seperti yang diinginkan mereka.. aku maafkan mereka.. semoga mereka maafkan aku.. aku ingin melihat mereka bahagia.. bnr2 bahagia dgn apa yg mereka inginkan.. alhamdulillah, ianya semakin hari semakin hilang dlm ingatanku.. sekarang aku sedar dan jelas dgn perkara apa yg patut aku fokuskan.. sepanjang perjalananku ke hospital menjenguk mak dan perjalananku ke kampung.. otakku ligat memikirkan perkara2 yg perlu aku fokus dan perlu aku capai.. alhamdulillah, suhu badan mak dah kembali normal.. tp mak x dibenarkan pulang kerana tiada kebenaran doktor... hanya mak saja yg berada di wad tu.. lepas berbual aku dan adik2 bertolak beraya ke kampung.. jumpa atok.. itulah satu2nya atok yg aku masih ade.. aku perlu hargai atok dikala dia masih lg ada.. atok dah x larat... al-maklumlah org tua.. aku & adik2ku (yg mana sudah bekerja) memberikan atok duit raya... wah... happy nya lihat atok tersenyum... walaupun arwah atok and arwah mak mok dah x ada.. namun, dihati mereka tetap wujud. tahun ni, aku x beraya di perak... entahlah, kekadang aku x faham.. lebih baik aku sendirian.. ditemani adik2ku.. janji aku senang dan x perlu peningkan kepala.. k lah.. to be continued.. ngantuk.. letih...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment