Showing posts with label My Hope. Show all posts
Showing posts with label My Hope. Show all posts

Friday, December 31, 2010

new book for year 2011






not excited to celebrate new year of 2011 but I'm bz with my life planning - what to do? how to improve & bla3x, bla ... yg paling ptg sekali adalah
semoga harapan & impian utk memperolehi sarjana akan terlaksana
aku x boleh kalah lg!




Monday, June 7, 2010

02.06.2010

hu3x ... 02.06.2010? nak tau ker apakah cerita disebalik tarikh tersebut???? ramai yang beranggapan tarikh tersebut adlh tarikh keramat utk aku menukarkan status SINGLE aku nih .. too many butterflies in my stomach coz of 02.06.2010 ... tp itu bkn ceritanya ... cerita yg sebenarnya adalah tre... tre te tengggggggg ... aku dipanggil interview utk jawatan PEGAWAI TADBIR GRED N41 di sebuah IPTA ... amat membanggakan utk diri aku sendiri ... terkezut jgk bila dpt th yg aku berjaya ... sllnya x pernah pun dpt peluang ... mungkin sbb diaorg tgk aku punya CGPA yg x membeliakkan mata diorg utk menawarkan peluang utk dipanggil temuduga ... terpulanglah, mereka lebih berhak utk memanggil sesiapa saja utk ditemuduga ... bila dpt tahu, [dpt tahu dr adk ipar, dia in4mer aku yg terawal ..] aku rs mcm biasa jer .. yer lah .. tp aku cekalkan hati coz ini peluang pertama utk tahun 2010 ... manelah tahu dpt berubah haluan utk peningkatan kerja .. so, ape persediaan aku??? keh2x .. aku relax jer, chewwahhh, mcm pro! sesungguhnya aku x tau nak mula dr mana .... tp yg paling2x aku sedar adalah aku amat ketandusan isu semasa ... mulalah aku teraba-raba. tp bagus jgk bila d panggil interview nih ... heh3x, ia akn membuatkan anda membaca n terus membaca ... in4mer aku seterusnya adlh adikku sendiri, Chah ... dia pun dpt gak tp utk dia, 2 hr coz dia kerja dgn status yg sementara di situ. btw, aku mmg amat berharap yg aku berpeluang tp lg bagus kalau dia yg dpt. nak tahu knp????? coz adk aku yg ini mempunyai keinginan yg tinggi so, aku mmg berdoa agar dia dpt .. x kiralah yg ini ke atau yg DPLI tu ... asalkan dia dpt permanent job ;) Chah in4m the interview will be do it in English ... hu3x ... nak pengsan aku! keh3x ... I'll try my best ... nak tahu ape topik yg aku dpt????? The Importance of English As A Communication Tool For Public Servants nampak mudahkan? tp he3x ... it not easy beb, when u must elaborate it in English version ... tp mmg best!!! aku group yg ke 2.. sekali dgn kak sharifah, yati, shafik & marini .. ini antara kenalan yg aku kenal .. kak sharifah lah yg terbaik dlm group 2 nih ... alhamdulillah dia & shafik terpilih utk ke pusingan yg seterusnya ... I'm happy!!!! aku ingat nak meronggeng ... tp tersgtlah pening! mane x nya, x tdr mlm la citernya ... pulak dah tu, jiran sebelah rmh ni dok renovate rmh dia sampai 2 pg ... mmg mekngot!!!!! I'm proud with this IPTA .. he2x.. I'm graduated from here ... byk yg dah berubah ... kwn2x... jom kita mengenang memori lama kita waktu blaja dulu ... he3x ... walaupun aku kecundang tp sekurang2xnya aku mencuba ... tq.






Wednesday, March 24, 2010

TAHNIAH ! ANDA DIPANGGIL MENDUDUKI UJIAN MTeST Ke-2!

kelmarin, bonda buat panggilan terkezut ... d waktu kemuncak kesibukan aku d opis. rupa2xnya ttg hal panggilan menduduki ujian MTeST ke 2. mcm malas je aku nak buat semakan ttgnya. aku fokus thdp kerja terlebih dahulu ... tp dlm pd masa yg sama, aku buat semakan melalui sms. Mak aiiiii ... aku BERJAYA !!!!! tp ianya baru fasa pertama ... hanya panggilan menduduki ujian MTeST, belom lg interview ... kita hanya berusaha, selagi ALLAH belum makbulkan itu rezki kita maka ianya belum untuk kita .... wish me gud luck on this coming Saturday!!!!


TAHNIAH ! ANDA DIPANGGIL MENDUDUKI UJIAN MTeST Ke-2!


berdebar2x jgk nak tgk ape resultnya


akhirnya, aku BERJAYA !!!!

note: huk3x... ngantuks ni, cam ne nak study????




Sunday, March 29, 2009

Semakan Panggilan MTeST....


AHAD, 29 MAC 2009

TAHNIAH ! ANDA DIPANGGIL MENDUDUKI UJIAN MTeST!
MAKLUMAT UJIAN MTeST ADALAH SEPERTI BERIKUT :-


NOKP
:

NAMA
: RABIATUL ADAWIYAH BINTI ABDUL WAFI

KURSUS
: A117B0000P-PENDIDIKAN KHAS MASALAH PEMBELAJARAN

PUSAT UJIAN
: K104- SEK MEN KEB BANDAR BARU DARULAMAN

TARIKH UJIAN
: 28 MARCH 2009

MASA UJIAN
: 9.00 PAGI

* PERHATIAN : Sila Pastikan Ijazah anda diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia. Sila lawati Laman Web Jabatan Perkhidmatan Awam di www.jpa.gov.my untuk semakan.

Kembali


he he he... ini adalah tiket panggilan utk membolehkan aku menduduki xm MTeST for KPLI... entah keberapakali aku apply... aku sendiri pun x tau... since 2003.. ye lah seminggu selepas aku konvo.. tp time tu x der MTeST lg... aku di temuduga... tp.. hurmmmm... x der rezki. x per lah, kita usaha lg... usaha then terus berusaha masih tidak menemui juga keberhasilannya... a`aaaah! aku x akn putus asa... selagi aku layak utk memohon, aku akn memohon.... Utk panggilan kali ini, aku x brp alert sgt sbbnya tiap2x kali aku buka, mesti x ade apa2x perkembangan lg ttgnya... mujurlah pd 26hb, my luvly mum call aku, informed aku yg scul nyer juga dijadikan tempat xm MTeST... terkejut aku dibuatnya... so, blk rmh jer.. aku punggah buku2x... tp x ada.. x kan aku buang kot... huh! satu rmh aku cari tp ttp x ade... so, tpaksalah ke POPULAR.. mujurlah ada lg.. kalau x, mmg acara menembak lah aku... kui kui kui... esk nyer lepas kemas2x rmh, bilik membasuh... menyidai... ingat nak study tp.... ade call msk, hurmmm.. nak report, adushhhh! tpaksa aku ke opis la... sampai pkl 2... blk rmh... aku terlebih ramah, gie ajak plak anak jiran aku tu msk rmh... aduhhh... dah kena melayan lah pulak... dipendekkan cerita... aku x tau location for this scul... so, I decided to go survey... alamak sampai ke changloon (tp x lg sampai... br mcm nak sampai... he he he!) I call my staff to confirm again where is e location... tp aku tersalah jln lg... msk jln ke Lubuk Kawah... jumpa Kg. Naga.... tp still x jumpa scul nye... a`aah sudah... aku confident kan diri... sampai ke simpang 2... satu ke Kepala Batas satu lg ke Alor Star... jln kg... time tu, dah pkl 6 nak pkl 7 dah... so I choosed to use road to Kepala Batas. x puas hati selagi aku x jumpa... kali ni, hah... di penghujung scul Sult. Abd. Halim tu mmg ade simpang... perghhhh! mmg rugi duit minyak je... di sini rupanya... aduhaiiii, cik ada.... jauh benor ko pusing... rupa2x di situ je... hampessss! Hopefully, ade lah rezki kali ini... ; ). Ramai gak yg dtg... ade yg bawa suami, ade yg bawa anak2x... menangis jer baby tu... he he he.. aku? siapa yg menemani aku? x ade siapa, cuma aku diiringi doa my mum and my sis ... ade juga kwn2x yg wish luck me a luck... thanks to Kak Tini, Jo Joe, Eda & Suzy... moga pelangi utk aku lebih cantik & berseri walaupun kehidupan aku tdk lengkap... :) hurmmm ...





Monday, January 5, 2009

Let's Together Recite Qunut Nazilah..

Sedang kita asyik menyambut Tahun Baru di sini (how selfish!!), saudara se-Islam kita sedang berjuang mati-matian di Ghaza. Apa yang mampu kita lakukan?

Mari kita sama-sama bacakan doa Qunut Nazilah buat mereka.

Qunut Nazilah adalah do’a qunut ketika musibah atau kesulitan menimpa kaum Muslimin, seperti peperangan, terbunuhnya kaum Muslimin atau diserangnya kaum Muslimin oleh orang-orang kafir.

Qunut Nazilah, iaitu mendo’akan kebaikan atau kemenangan bagi kaum Mu’minin dan mendo’akan kecelakaan atau kekalahan, kehancuran dan kebinasaan bagi orang-orang kafir, Musyrikin dan selainnya yang memerangi kaum Muslimin.

Qunut Nazilah ini hukumnya sunnat, dilakukan sesudah ruku’ pada raka’at terakhir pada solat fardhu lima waktu, dan hal ini dilakukan oleh Imam atau Ulil Amri.

Imam at-Tirmidzi berkata: “Ahmad (bin Hanbal) dan Ishaq bin Rahawaih telah berkata: “Tidak ada qunut dalam solat Fajar (Shubuh) kecuali bila terjadi Nazilah (musibah) yang menimpa kaum Muslimin. Maka, apabila telah terjadi sesuatu, hendaklah Imam (yakni Imam kaum Muslimin atau Ulil Amri) mendo’akan kemenangan bagi tentera-tentera kaum Muslimin.” [2]

Berdasarkan hadis Ibnu Abbas , bahwasanya Rasulullah S.A.W. melakukan qunut satu bulan berturut-turut pada solat Zhuhur, Ashar, Maghrib, ‘Isya dan Subuh di akhir setiap solat, yakni apabila baginda telah membaca “Sami’allaahu liman hamidah dari raka’at terakhir, baginda S.A.W. mendo’akan kecelakaan atas mereka, satu kabilah dari Bani Sulaim, Ri’il, Dzakwan dan Ushayyah sedangkan orang-orang yang di belakang beliau mengaminkannya. [3]

Imam an-Nawawi memberikan bab di dalam Syarah Muslim dari Kitabul Masaajid, bab 54: Istihbaabul Qunut fii Jami’ish Shalawat idzaa Nazalat bil Muslimin Nazilah (bab Disunnahkan Qunut pada Semua Solat (yang Lima Waktu) apabila ada musibah yang menimpa kaum Muslimin) [4]

[2]. Tuhfatul Ahwadzi Syarah at-Tirmidzi II/434.

[3]. Abu Dawud no.1443, al-Hakim I/225 dan al-Baihaqi II/200 & 212, lihat Irwaa-ul ghaliil II/163.

[4]. Lihat juga masalah ini dalam Zaadul Ma’aad I/272-273, Nailul Authar II/374-375 -muhaqqaq.


Tidak ada hadis dari Nabi shallallahu `alaihi wa sallam yang menunjukkan adanya doa khusus dalam qunut nazilah.


Siapa yang menelaah pendapat-pendapat para ulama, nescaya ia akan mendapati para ulama memberi keluasan dalam perkara ini.


Oleh kerana itu seseorang berdoa di dalam qunut nazilah dengan doa yang bersesuaian keadaan yang tertimpa musibah, kezaliman dan penindasan dan apa yang mereka perlukan.


Bahkan Al-Qadli Iyadl rahimahullah menukil kesepakatan jumhur ulama bahwa tidak ada doa khusus dalam qunut.


Ibnu Shalah menganggap orang yang berpendapat ada doa khusus dalam qunut adalah pendapat yang aneh dan tertolak, menyelisihi jumhur ulama. Lihat Al-Majmu’ 3/477, Majmu’ Al-Fatawa 23/108. Di Bawah adalah contoh bacaan yang biasa dibaca.



Maksudnya:
Ya Allah,
Sesungguhnya kami meletakkan-Mu di batang-batang leher musuh-musuh kam
Dan kami berlindung dengan-Mu daripada kejahatan-kejahatan mereka.
Ya Allah,
Leburkanlah kumpulan-kumpulan mereka,
pecah belahkan dan kacau bilaukan persatuan mereka.
Goncangkan pendirian mereka
Dan hantarkanlah anjing-anjing kamu kepada mereka

Wahai tuhan yang gagah perkasa Wahai tuhan yang penuh raksasa
Wahai tuhan yang bersifat murka.
Ya allah Ya allah Ya allah Ya allah,
Wahai Tuhan yang menurunkan kitab,
Wahai Tuhan yang mengarakkan awan,
Wahai tuhan yang menewaskan bala tentera al-ahzab,

Kalahkan mereka,
Kalahkan mereka,
Kalahkan mereka

Dan menangkan kami ke atas mereka.