Wednesday, November 24, 2010

Puding Roti Mysara


tengah dok mencari-cari resepi icing, terjumpa laman web www.eats.my. view punya view terjumpa resepi puding roti nih, nampaknya mcm sedap!!! so park dulu resepinya dlm blog. kalau ade mase, aku buat ... tp rasanya mcm nak buat coz esok (khamis, 25-11-2010) nak balik kg.. heh3x! untuk bonda & ayahanda terchenta buat minum petang mereka. lagipun stok roti berlambak .. rasenyelah! ok set ...



PUDING ROTI MYSARA


3 cawan susu segar

3 biji telur

3/4 cawan gula perang

1 sudu teh esen vanila

2 sudu besar gula kasar

1 buku roti High 5

Sedikit kismis untuk hiasan

Bahan untuk kastard vanila:

1/2 cawan gula

1 cawan susu cair

2 1/2 cawan air

2 sudu besar tepung kastard

Secubit garam

* Campurkan gula, susu cair, air, tepung kastard, secubit garam dan esen vanila ke dalam kuali. Bahan hendaklah kerap dikacau untuk mengelakkannya hangus dan kering hingga menjadi sedikit pekat.

Bahan untuk sos strawberi:

200 gram strawberi segar

1/4 cawan gula

50 mililiter air

* Strawberi yang dipotong dimasak bersama gula dan air hingga gula cair dan sebati dengan strawberi tapi jangan terlalu lama untuk mengekalkan tekstur buah.

METHOD

  1. Hiris bahagian kulit tepi roti.
  1. Kemudian potong roti yang dibuang kulitnya kepada bahagian lebih kecil (dadu)
  1. Masukkan telur, susu, gula perang dan esen vanila. Kacau campuran tadi hingga sebati.
  1. Masukkan roti yang dipotong ke dalam campuran yang siap dikacau dan biarkan hingga ia kembang.
  1. Sapukan loyang dengan mentega untuk mengelakkan puding melekat apabila masak.
  1. Masukkan adunan roti ke dalam loyang dan ratakan.
  1. Letak sedikit kismis sebagai hiasan.
  1. Bakar adunan pada suhu 160 darjah Celsius dalam ketuhar selama 40 minit hingga 50 minit atau sehingga ia naik.
  1. Tuangkan sos kastard vanila di sekeliling puding roti yang siap dimasak.


Read more: http://www.eats.my/recipe.php?id=498#ixzz16B2o6UBC


tukang masak x profesional,