||In life Allah doesn’t give you the person you want, instead He give you the person you need to love you, hurt you and teach you the real meaning of LIFE.||
Wednesday, October 29, 2008
at Bukit Penarak
October 28, 2008.. ini pict aku masa aku gie site visit at Bukit Penarak, Langkawi. bile tgk pict.. masyallah, br yg aku tau yg aku ni makin 'sihat' he he he he! segan juga aku nak bergambar. tp aku bergambarlah juga... aku ke sana atas urusan 'to relocate a site but still in the same radius'.. tnh sebelum ni.. ade court case.. susah juga.. tp nasib mmg menyelebahi aku.. ade juga tnh.. aku juga pernah deal dgn owner yg sama utk tnh yg baru ini... doa2kanlah tnh ni x de masalah... kalau ade juga.. semakin berkedut le kulit muka aku.. mane x nya.. the whole land is belongs to private.. mane lagi aku nak locate.. kalau ade tnh individu pun.. x achieved telcos objective... lepas selesai kerja.. aku, kak yus & pak can gie buat site visit for maintenance pula utk 7 sites. Nak spot check samada contractor yg kita award utk site maintenance tu buat keje ke idak... he he he! kita org selesai keje hampir pkl 3.. nasib baik tiket ferry dah beli.. idak le kelam kabut... ape lagi, selesai isi perut... shopping aaaarrr.. rugi kalau ke Langkawi x shopping... aku beli cadburry, daim & kain pelekat (bkn utk sesape.. tp utk aku.. ha ha ha!).
Sunday, October 19, 2008
Syair Imam Shafi'e Mengenai Kesedihan
وَ مِنَ الشَّقَاوَةِ أَنْ تُحِبَّ * وَ مَنْ تُحِبُّ يُحِبُّ غَيْرَكَأَوْ أَنْ تُرِيدَ الخَيْرَ لِللأَنْ * سَانَ وَ هُوَ يُريدُ ضَيْرَكَ
Dan antara kesedihan itu ialah apabila engkau menyintai seseorang, akan tetapi si dia yang engkau cintai itu menyintai orang lain selainmu. Ataupun [kesedihan itu ialah] apabila engkau menghendaki perkara yang baik untuk seseorang, sebaliknya dia mahu menyakitimu.
happy birthday to my x-housemate.. Mrs. Ainul...
Thursday, October 16, 2008
cuti-cuti Malaysia...
I had a wonderful moments.. but I'm not really enjoy the trip.. may be at the end of this year I'll be there again..
Hopefully I'll enjoy my last trip.. It will be the last thing I want to do ...
please reach at www.genting.com.my for further information
Tuesday, October 14, 2008
ada apa dengan cinta..
Jika kita mencintai seseorang, kita akan sentiasa mendoakannya walaupun dia tidak berada disisi kita.
| |
Puasa enam Syawal hadiah ingatan Nabi Muhammad pada umatnya
Nabi Muhammad s.a.w merupakan Rasul terakhir yang diutus oleh Allah SWT ke muka bumi ini.
Baginda bukan sahaja sibuk dengan tugas utamanya iaitu menyampaikan ajaran Islam daripada Allah kepada umat manusia, malah memiliki sifat-sifat terpuji atau sifat Rabbaniah (ketuhanan dalam diri).
Ini kerana baginda bukan setakat menghubungkan diri dengan Allah (Hablun Minallah) dalam segenap urusan serta tindakannya, malah tidak lupa juga menghubungkan diri dengan manusia sekeliling terutama umatnya (Hablun Minan Nas).
Setiap apa yang diungkapkan oleh baginda, sama ada berupa berita gembira atau berita yang mengancam mereka di akhirat, baginda sentiasa memikirkan agar umatnya mendapat yang terbaik daripada Allah SWT berupa pahala dan ganjaran yang membolehkan mereka layak memasuki syurga Allah.
Ganjaran setahun dengan amalan puasa enam
Begitulah halnya dengan puasa enam di bulan Syawal, baginda mahukan dari umatnya agar sentiasa peka dalam menambahkan koleksi pahala selepas puasa sebulan Ramadan, kerana bulan yang mulia ini adalah latihan untuk dibuktikan selepas ia melabuhkan tirainya.
Berpuasa sunat enam hari di bulan Syawal di ketika ramai orang berseronok menjamah makanan yang lazat-lazat, memperlihatkan seseorang itu mengharapkan pahala satu tahun berpuasa, ini kerana dalam kalender Islam hanya tercatat 355 hari berbanding bulan Masehi 365.
Kalau seseorang itu melakukan 30 hari puasa Ramadan, setiap hari diganjari dengan 10 pahala, ia bermakna seseorang itu telah berpuasa 300 hari, ditambah dengan enam hari di bulan Syawal, ia akan menjadikan 360 hari bagaikan satu tahun pahala berpuasa.
Perkara ini disandarkan kepada sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud: "Sesiapa berpuasa di bulan Ramadan dan diikuti dengan puasa enam hari dalam bulan Syawal, maka ia adalah seperti berpuasa selama setahun." (Riwayat Muslim dan Imam Ahmad).
Inilah yang dikatakan ingatan Nabi terhadap umatnya, begitulah juga dengan peringkat awal kefarduan solat pada malam Mi'raj ke langit, Nabi kenangkan umatnya yang tidak akan mampu untuk melaksanakan 50 waktu sembahyang hingga bermohon ke hadrat Allah agar dikurangkan hingga menjadi lima waktu sahaja. Itu pun ada di kalangan umat Islam yang tidak melakukan solat fardu lima waktu.
Izin suami penting untuk puasa enam
Walaupun dijanjikan pahala setahun dengan melaksanakan puasa enam Syawal, seorang isteri perlu mendapatkan izin suaminya terlebih dahulu, kerana puasa enam tersebut adalah sunnat, sedangkan mentaati suami yang berkeinginan adalah wajib diutamakan, melainkan suami reda dengan pelaksanaan puasa tersebut.
Apatah lagi jika seorang isteri yang tertinggal puasa Ramadan kerana uzur syar'ie, dia digalakkan untuk mengqada'nya pada bulan Syawal diniatkan untuk qada' puasa di samping ibadat puasa sunat pada masa yang sama, insya-Allah dengan cara itu dia tidak akan terlepas untuk mendapatkan pahala setahun berpuasa.
Bagaimana dengan sikap kita terhadap baginda Rasulullah?
Kalau disebutkan di atas tadi bahawa, baginda sering mengenang dan mengingatkan umatnya dalam segenap tindakannya, bagaimana pula dengan diri kita yang serba kurang dan kerdil bila berhadapan dengan Allah SWT.
Apakah setiap tindakan, perbuatan, kenyataan, perakuan yang terbit dari diri lidah kita yang tidak bertulang itu memperlihatkan kita benar-benar mengenang dan mengingati Nabi ajaran Muhammad s.a.w.
Benarkah kita mengingati Nabi ketika membuat keputusan mesyuarat tidak sedikit pun menyingung peribadi atau ajaran baginda.
Dalam banyak masalah yang dihadapi oleh umat Islam dalam negara kita hari ini termasuk masalah remaja, mereka jarang sekali menyelesaikannya dengan kaedah yang ditunjukkan oleh baginda menerusi wahyu al-Quran, masalah perzinaan sebagai contoh, bila sabit kesalahan dengan saksi-saksi yang ada, sepatutnya bagi orang yang berzina yang sudah berkahwin direjam sampai mati dan yang belum kahwin disebat, tetapi ajaran Nabi Muhammad ini ditukar kepada undang-undang denda dan penjara.
Adakah tindakan manusia hari ini membolehkan mereka mendapatkan syafaat (recommend) baginda pada hari kiamat sedang baginda sentiasa memikirkan bagaimana untuk umatnya mendapat yang terbaik daripada Allah SWT?
Pasti & Mungkin Ada Hikmah Sebalik Kejadian
Ulasan: anda mungkin menaruh hati kepadanya, cuma anda tidak menyedarinya ataupun anda tidak mahu menerimanya sebagai kenyataan.
Jangan jadi terlalu baik, saya akan merindui kamu. Jangan terlalu mengambil berat, saya mungkin menyukai kamu! . Jangan jadi terlalu 'sweet', saya mungkin jatuh hati kepada kamu. Amat sukar untuk saya menyayangi kamu jika kamu tidak mahu membalasnya.
Ulasan: seseorang yang membuat kamu jatuh hati kepadanya sebenarnya menyayangi kamu lebih daripada kamu menyayangi dia.
Jika seseorang hadir dalam hidup kamu dan menjadi sebahagian daripada kamu, tetapi atas sebab tertentu dia terpaksa pergi, jangan terlalu sedih ..terimalah kenyataan itu dan sekurang2nya dia pernah membahagiakan kamu.
Ulasan: Masa akan menentukan segalanya, jika dia ditakdirkan bersama anda, dia akan kembali.
Jangan melarikan diri dari 'cinta' a! pabila ia berada di hadapan kamu, Jangan melarikan diri daripadanya ke rana suatu hari nanti, kamu pasti akan teringatkannya kembali dan menyesali perbuatan kamu itu.
Ulasan: hargai orang yang menyayangi kamu, bukan mudah untuk mencari orang yang menyayangi kita, yang paling berharga ialah hati yang ikhlas. Penyesalan terbesar dalam hidup ialah risiko yang kita tidak ambil. Jika anda merasakan sesuatu itu akan membuatkan anda bahagia, maka teruskan.
Ingatlah bahawa kita akan melalui semua ini hanya sekali, mungkin tiada lagi peluang kedua.
Ulasan: Masa tidak menunggu kita. Jika anda rasakan anda telah bertemu dengan orang yang sesuai, maka hargailah dia, jangan biarkan dia berlalu begitu sahaja. Jan! gan bertangguh kerana takut. Cubalah dahulu atau anda akan menyesal kerana membiarkan ia berlalu begitu sahaja. Tiada sesiapapun yang tahu apakah yang membuatkan anda benar2 bahagia.
Ada 2 titis air mata mengalir di sebuah sungai. Satu titis air mata tu menyapa air mata yang satu lagi,
"Saya air mata seorang gadis yang menyayangi seorang lelaki tetapi telah kehilangannya. Siapa kamu pula?". Jawab titis air mata kedua tu, "Saya air mata seorang lelaki yang menyesal membiarkan seorang gadis yang menyayangi saya berlalu begitu sahaja."
Ulasan: Tiada sesiapapun yang simpati kepada orang yang sengaja membiarkan peluang pergi begitu sahaja tanpa berusaha untuk mendapatkannya atau mempertahankannya. Kita selalunya tidak menghargai seseorang yang hampir atau menyayangi kita sehingga dia pergi meninggalkan kita; kemudian kita akan sedih dan menyesal mengingatkannya.
Terdapat banyak bebintang di langit tetapi hanya satu sahaja yang begitu menyerlah sehingga dapat menarik perhatian anda. Dari kalangan yang anda pilih untuk abaikan ialah sebutir bintang yang sanggup menyinari anda walau dimana sahaja anda berada.
Ulasan: Bahagian 1: orang yang bersama anda ketika ini mungkin bukanlah orang yang benar2 anda sayangi. Bahagian 2: terdapat orang yang tahu dia tidak dapat bersama kamu ketika ini tetapi masih menyayangi kamu sepenuh hatinya, fikirkanlah.
Lawaknya bila kita meletakkan standard untuk orang yang bakal kita sayangi, tetapi jauh di sudut hati, kita tahu yang orang yang kita sayangi itu terkecuali daripada standard itu. (don't be too choosy!)
Ulasan: kita amat kritikal terutamanya kepada orang yang kita sukai atau sayangi kerana kita mahukan yang terbaik untuk diri kita. Tetapi sebenarnya kesempurnaan dan hubungan terbaik dapat dicapai dengan berusaha bersama. Ia bukanlah terletak kepada satu individu sahaja.
Cinta itu membuatkan anda gembira walaupun ia sering melukakan. Cinta itu istimewa jika ia diberikan kepada orang yang bertuah.
Ulasan: Jika anda bertemu seseorang yang benar2 menghargai anda, maka dia berhak mendapat kasih anda.
Menyayangi/mencintai itu umpama bermain piano. pertama, kita bermain ikut peraturannya. Kemudian, lupakan peraturannya dan main ikut hati.
Ulasan: kepercayaan terhadap pasangan adalah amat penting. Untuk mempercayai seseorang yang anda sayang/cintai, anda mestilah membuat dia mempercayai anda dahulu. Yakin terhadap diri sendiri dan pasangan anda. Jangan buat mereka ragu-ragu terhadap anda dan jangan ragu-ragu terhadap mereka.
Apa kata seseorang memberitahu anda ini "Saya tidak percaya dengan courtship (mendapatkan perhatian bagi memenangi seseorang). Ia cuma membuang masa sahaja. Jika saya mencintai seseorang, maka saya akan meluahkan isi hati saya kepadanya. Tetapi, ada pula pengecualian bagi anda, jika anda mencintai saya, saya akan 'court' (sentiasa cuba memenangi) anda selamanya... "
Ulasan: Cinta itu memerlukan masa untuk disedari kehadirannya. Terdapat cinta pandang pertama, tetapi ia masih memerlukan masa bagi pihak satu lagi menyedarinya. Merinduinya apabila dia tiada di sisi, mengharapkan berita daripadanya apabila berjauhan...
Adalah lebih baik untuk berani mencintai walaupun akhirnya anda kecewa daripada tidak mahu mencintai kerana takutkan risiko atau cabaran yang bakal mendatang.
Ulasan: Jangan berputus asa apabila terdapat saingan dalam percintaan. Adalah lebih baik untuk anda mencubanya terlebih dahulu; kerana jika anda berjaya, kemenangannya itu teramat manis. Tetapi, jika anda tidak mahu/berani mencubanya, anda mungkin akan kehilangan orang yang anda sayang/cintai selamanya.
Anda tidak pernah kalah/kecewa dalam mencintai/menyayangi. Anda cuma kalah jika anda bertangguh.
Ulasan: Jangan takut untuk meluahkan isi hati anda kepada orang yang anda sayang/cintai. Beritahu mereka dan biar mereka buat keputusan di pihak mereka. Salah satu perkara yang paling indah dalam hidup ialah memberitahu kepada orang yang anda sayangi betapa penting dan istimewanya mereka dalam hidup anda. Dengan itu, anda akan rasa lebih yakin dan puas. Dan anda akan rasa bangga terhadap diri anda kerana anda telah menunaikan tanggungjawab anda terhadap perasaan hati anda. Jangan sesekali mengkhianati perasaan hati anda kerana akibatnya, hanya anda yang akan sengsara bukan orang lain.
Salah satu cabaran paling sukar dalam hidup ialah mencari orang yang tahu segala kelemahan dan kekurangan diri anda, tetapi dia masih sangup menyayangi anda dengan sepenuh hatinya.
Ulasan: Cinta itu adalah berasaskan tolak ansur dan pengorbanan. Jika dia tahu kelemahan dan kekurangan anda dan masih sanggup bersama anda dan lebih menyayangi anda, maka andalah orang yang paling bertuah! Dia ! layak mendapat cinta anda.
Ruang kosong di antara celah-celah jari kita dicipta untuk dipenuhi oleh jari-jari orang lain.
Ulasan: Bukalah pintu hati anda, benarkan orang yang anda sayangi masuk, jangan ragui tujuan mereka kerana keikhlasan itu dapat dirasai dalam hati.
Dalam percintaan, terdapat beberapa perkara yang perlu disedari. Apabila anda bercinta... ... Ia bukan 'passport' untuk anda difahami; tetapi untuk anda memahami. Ia bukan 'passport' untuk anda mengambil itu dan ini; tetapi untuk anda diambil. Ia adalah untuk anda mendengar; bukan supaya anda didengar. Ia adalah untuk anda berkorban dan bertolak ansur; bukan untuk anda meminta itu dan ini. Ia bukan untuk anda berkira2 atau mengukur; tetapi untuk anda mencintai.
" People Will Forget What U Said People Will Forget What U Did But People Will Never Forget How U Made Them Feel "
Jangan sesekali kita melukakan hati dan perasaan insan lain hanya untuk kebahagian dan kepentingan diri sendiri... sesungguhnya setiap hati dan perasaan itu adalah hak Allah... Allah maha pengasih maha penyayang dan Allah maha adil... setiap ape yg kita lakukan pasti ada balasan dariNya... BERINGATLAH...
my cheese cake!
October 14, 2008 - hurmmm.. aku ke mana yer? owwwhh.. ade site visit with local council regarding our telecommunication tower at BPJ.. constraint lot but we try hardest to make it successful.. then at AS, we also try to locate a piece of land 14mx15m..ermmm at Jln Langgar area but no far from the coordinate point. It not easy to locate our structure in urban area.. fuhhh.. by hook or by crook we must achieved our target 150 structures in Kedah.. if not hurmmm.. no increment.. no bonus lah next year.. adooooiiii! Insyallah we can make it! then after that, we joint meeting with our marketing bos regarding sites acquisition.. big bos giving us 1 wk to settle down all this thing... hurmmm.. kita cubalah ape yg patut.. bkn kita x cuba! by the way, tomorrow we have Majlis Hari Raya... he he he.. best! so, after office hour I went to confectionery house.. then went to TESCO to buy hand mixer... very excited to make a cheese cake for my colleagues. After maghrib we went to town.. accompanied my housemate and neighbourmate to buy their stuff.. went to MyDin then we took our dinner at McD.. It wonderful moment.. eating together.. me missed so much our time.. one of us already married and will be follow with my housemate.. arghhh! I'll be alone after next year.. how sad of me.. be patient.. it the best word for me.. x ade jodoh.. ape boleh buat.. hurmm.. after reached at home.. there is only Mek and me.. we're talking about their wedding dress.. hurmmm.. walaupun sedih.. but I try my best to look as a general .. giving her suggestion .. kalau aku.. aku nak gini.. gitu... he he he! but inside of me.. only Allah knows everythings... we end our conversation.. we start to do our own tasks.. huargghhhh.. very sleepy.. I'm start doing my cheese cake... hurmmm.. wahhh! I taught her how to make cheese cake... M: untung sape dapat ko yer? A: apsal? M: semua pandai buat.. A: yer lah tu.. (inside my heart.. hurmmm.. nobody want to appreciate me, mek.. they just only know giving hope then hurt my feeling.. so sad, right?) alahai.. nanti ko pandai lah.. nak ngan x nak jer... M: dah siap.. A: yup! alhamdulillah.. selesai juga... wah! very beautiful my cake! puas hati...
October 15, 2008.. hurmmm.. today is the occasion. wahhh! a variety foods there.. tengok je, dah kenyang.... after eat.. hurmmmm.. my eyes going to close tightly... he he he he! adusssss... what happen? I lost my motivation to work... should be today I have site visit but.. hurmmm.. my boss not confirm back with my engineer & me.. hurmmm.. Is he forgot with what had he planning before? kuang... kuang... kuang... I already sent sms regarding this matter but no reply... adussssss! jauh pula tu... k lah.. bye..
Monday, October 13, 2008
pepagi buta
kau membuat ku berantakan
kau membuat ku tak karuan
kau membuat ku tak berdaya
kau menolakku acuhkan diriku
bagaimana caranya untuk
meruntuhkan kerasnya hatimu
ku sadari ku tak sempurna
ku tak seperti yang kau inginkan
reff:
kau hancurkan aku dengan sikapmu
tak sadarkah kau telah menyakitiku
lelah hati ini meyakinkanmu
cinta ini membunuhku
bagaimana caranya untuk
meruntuhkan kerasnya hatimu
ku sadari ku tak sempurna
ku tak seperti yang kau inginkan
back to reff
lelah hati ini meyakinkanmu
cinta ini membunuhku
Penat giler.. inipun br sampai dr SP. Ngantuk lah pula... ZZzZzZz tapi kerja berlambak2, jap gi marketing bos mesti nak buat meeting.. huh! x habis2 meeting... mesti nak tahu ttg permasalahan berkaitan site acquisition.. waduh2 boleh gamat gitu.. huarghhhh! ngantuk.. ermmm.. hopefully, ajk masjid setuju dgn propsal kami.. senanglah kerja.. tp nak kata senang pun tidaklah juga.. krn pelbagai kemungkinan boleh berlaku.. hurmmmm... esk ade majlis jamuan raya.. hu hu hu... ape aku nak bawa yer? aku dipertanggungjawab utk bawa kek.. kek ape yg nak dibuat? oven.. mixer.. mana der... hu hu hu.. rumah org bujang.. besa lah gitu.. aku singgah Giant.. rasanya nak buat cheese cake... confirmlah buat cheese cake.. nak kena beli mixer jap lagi.. letih aaa.. k lah..
Sunday, October 12, 2008
matahari..
Seorang wanita bertanya pada seorang pemuda tentang cinta dan harapan.
Wanita berkata ingin menjadi bunga terindah di dunia dan pemuda berkata ingin menjadi matahari. Wanita tidak mengerti kenapa pemuda ingin jadi matahari, bukan kupu-kupu atau kumbang yang terus menemani bunga. Wanita berkata ingin menjadi rembulan dan pemuda berkata ingin tetap menjadi matahari. Wanita semakin bingung kerana matahari dan bulan takkan boleh bertemu, tetapi pemuda tetap ingin menjadi matahari.
Wanita berkata ingin menjadi burung yang mampu terbang ke langit jauh di atas matahari dan pemuda berkata ia akan selalu menjadi matahari.
Wanita tersenyum pahit dan kecewa. Wanita sudah tiga kali menduga namun pemuda tetap keras kepala, ingin jadi matahari tanpa mahu ikut berubah bersama wanita. Maka wanita pun pergi dan tak pernah lagi kembali tanpa pernah tahu alasan kenapa matahari juga yang menjadi pilihannya. Sang pemuda merenung sendiri dan menatap matahari.
Saat wanita menjadi bunga, pemuda ingin menjadi matahari agar bunga dapat terus hidup. Matahari akan memberikan semua sinarannya untuk bunga agar ia tumbuh, berkembang dan terus hidup sebagai bunga yang cantik. Walau matahari tahu ia hanya dapat memandang dari jauh dan pada akhirnya kupu-kupu yang akan menari bersama bunga. Ini disebut kasih iaitu memberi tanpa syarat, tanpa mengharapkan imbuhan.
Saat wanita jadi bulan, pemuda tetap menjadi matahari agar bulan dapat terus bersinar indah dan dikagumi. Cahaya bulan yang indah hanyalah pantulan cahaya matahari, tetapi saat semua makhluk mengagumi bulan siapakah yang ingat kepada matahari? Matahari rela memberikan cahayanya untuk bulan walaupun ia sendiri tidak berupaya menikmati cahaya bulan, dilupakan jasanya dan kehilangan kemuliaannya sebagai pemberi cahaya, agar bulan mendapatkan kemuliaan tersebut. Ini dinamakan pengorbanan, menyakitkan namun sangat layak untuk cinta.
Dan saat wanita jadi burung yang dapat terbang tinggi jauh ke langit bahkan di atas matahari, pemuda tetap selalu jadi matahari agar burung bebas untuk pergi pada bila-bila masa pun ia mahu dan matahari tidak akan mencegahnya. Matahari rela melepaskan burung untuk pergi jauh, namun matahari akan selalu menyimpan cinta yang membara di dalam hatinya hanya untuk burung.
Matahari selalu ada untuk burung bila-bila pun ia mahu kembali walau burung tidak selalu ada untuk matahari. Tidak akan ada makhluk lain selain burung yang berupaya masuk ke dalam matahari dan mendapatkan cintanya. Ini disebut sebagai kesetiaan, walaupun ditinggal pergi dan dikhianati namun tetap menanti dan tegar untuk memaafkan. Pemuda tidak pernah menyesal menjadi matahari untuk wanita.
bingkisan doa buat kekasih..
Ya Allah... . Seandainya telah engkau catatkan... Dia milikku tercipta buatku... Satukanlah hatinya dengan hatiku... Titipkanlah kebahagian antara kami... . agar kemesraan itu abadi... Dan ya Allah... ya tuhanku yang maha mengasihi... Seiringkanlah kami melayari hidup ini... Ketepian yang sejahtera dan abadi... Tetapi ya Allah... Seandainya telah engkau takdirkan... . dia bukan miliku... Bawalah ia jauh dari pandanganku... . Luputkanlah ia dari ingatanku... Dan peliharalah aku dari kekecewaan... . Serta ya Allah ya tuhanku yang maha mengerti... . Berikanlah aku kekuatan... Melontar bayangannya jauh ke dada langit... Hilang bersama senja nan merah.. agarku bisa bahagia... Walaupun tanpa bersama dengannya... Dan ya Allah yang tercinta... Gantillah yang telah hilang... . Tumbuhkanlah kembali yang telah patah... Walaupun tidak sama dengan dirinya... Ya Allah ya tuhanku... Pasrahkanlah aku dengan takdirmu... Sesungguhnya apa yang telah engkau takdirkan... Adalah yang terbaik buat ku... . kerana engkau maha mengetahui... Segala yang terbaik buat hamba Mu ini... Ya Allah... Cukuplah engkau sahaja yang menjadi pemeliharaku... Di dunia dan di akhirat... Dengarlah rintihan dari hamba Mu yang daif ini... Jangan engkau biarkan aku sendirian... Di dunia ini mahupun di akhirat... Menjuruskan aku kearah kemaksiatan dan kemungkaran... Maka kurniakanlah aku seorang pasangan yang beriman... Supaya aku dan dia sama2 dapat membina Kesejahteraan hidup... Ke jalan yang Engkau redhai... dan kurniakanlah padaku keturunan yang soleh... .
bicara hati seorang wanita..
Lantaran telah menjadikan daku – seorang wanita
Dicipta dari tulang rusuk kiri Adam
Dengan seindah dan sebaik ciptaan
Daku…..
Si tulang bengkok
Yang KAU gubah dengan kekuatan perasaan
Mengatasi panjangnya akal fikiran, sebagai fitrah dan anugerah
Hasil doa seorang lelaki
Namun Ya Allah
Biarlah kejadianku memberi guna, bengkok yang ada manfaatnya.
Kiranya daku menjadi seorang isteri
Kurniakanlah padaku kekuatan
Menjadi tulang belakang seorang suami, seorang mujahid
Pengembang perjuangan disayap kiri
Diadun dengan kelembutan
Menjadi teman sejati, sahabat setia, penyejuk mata, pembina semangat dan penguat jiwa
Seanggun peribadi Saidatina Khadijah
Ketenangan baginda Rasulullah, utusan Allah.
Bebas jiwa dari belenggu keperempuanan
Yang memiliki sembilan nafsu
Merdeka dari kepentingan peribadi
Setulus Siti fatimah yang seringkali ditinggalkan suami, Saidina Ali
Dihantar pemergiannya tanpa bertanya
“Bila kan pulang?”
Disambut kepulangannya dengan penuh khidmat dan kemanisan
Bersulamkan kemesraan
Rumahtangga adalah syurga
Wadah suburnya CINTA ketuhanan, Ubudiyyah
Akal yang tunggal tidak dibiarkan
Hanya berlega dicelahan periuk belanga
Di sebalik lipatan lampin anak
Menjangkau kebangkitan Islam di alam sejagat
Menjadi pentadbir di sebalik tabir!!!
Namun Ya Tuhan
Siapalah daku untuk memiliki
Watak wanita solehah pendamping nabi
Dek berkaratnya mazmumah yang bersarang dihati
Maka kurniakanlah daku
Sekeping hati yang sentiasa insaf
Hak seorang suami
Tidak kan mungkin kupenuhi
Biar telah ku jilat nanahnya yang berlelehan
Biar telah ku tadahkan wajahku
Buat mengusap debu di telapak kakinya……
Dan sememangnya daku mengimpikan
Watak seorang ibu
Yang bakal melahirkan
Putera-putera secekal Musa’ab bin Umar
Menggadai dunia demi kasih Tuhannya
Segigih Zubair Ibnu Awwaam
Yang diangkat Rasul sebagai ‘hawarij’nya
Hasil didikan seorang wanita bergelar ibu
Jua
Memiliki puteri setabah dan seteguh Masyitah
Rela direbus demi mempertahankan iman
Atau sesuci Maryam – seluruh hidupnya
Mengabdikan diri kepada Tuhan
Meskipun daku bukan ibunya yang memiliki peribadi semurni Siti Fatimah
Ibu Syeikh Abdul Kadir Jailani
Yang tiap titis darah mampu berzikir ke hadrat Ilahi
Namun
Mudah-mudahan zuriatku
Bakal menampilkan
Mujahid-mujahid yang rindu memburu syahid
Srikandi-srikandi yang mampu memakmurkan muka bumi Allah
Dengan ketaqwaan, kesolehah, ramainya ummat Rasulullah
Yang saling redha berkorban dan dikorbankan
Buat menyemarakkan Islam di akhir zaman
Sebagaimana kisah seorang ibu yang telah kematian
Putera-puteranya di medan jihad :
“Mereka telah berbahagia sebagaimana aku bahagia.
Aduhai, kiranya aku punya seorang anak lagi,
Kurelakan dia turut gugur di jalan Ilahi!”
Dan seandainya daku ditaqdirkan kehilangan mereka
Setenang Ummu Faisal
Yang tidak menjadikan kematian suami dan anak-anaknya
Halangan
Kecintaan padaMu Ya Ilahi
Redhailah daku yang dhaif ini sebagai hambaMu
Inilah pengaduan harap dan munajat
Kiranya KekasihMu sendiri pernah menyatakan
“ Kulihat kebanyakan dari isi neraka itu adalah wanita……..”
xtvt2 aku...
tp ade juga kerja yg aku selesai untuk hr itu.. sesudah hal d car wash.. aku ke bank.. aku daftar PBE Banking.. aku singgah di PACIFIC utk melunaskan bil MAXIS ku.. dah nama pun masuk ke shopping complex.. aper lagi merayap le ke semua store.. last2 aku ke POPULAR, mmg tempat kesukaanku.. aku beli satu novel.. novel ni dah lama aku pertimbangkan utkku beli.. jln ceritanya lebih kurang sama je dengan cerita aku.. cuma cerita aku masih belum aku ending kan je lagi.. sampai sakit tapak kakiku kalau merayap di shopping complex ni.. bknnya bershopping pun tapi hanya merayap saja.. he he he.. then aku ke BSN utk membayar bills api & air.. x sempat kalau nak buat waktu hari2 bekerja.. cuti inilah yg nak menyelesaikan segalanya... owhhh terlupa pula.. satu incident yg x dpt dilupakan pd umur 28thn ni... nak jadi kan cerita, aku terkunci dlm rumahku sendiri.. housemate ku.. Mek Ijan.. balik kg.. semua pintu rumah berkunci.. mujurlah pintu belakang x bermangga.. kalau tidak.. hu hu hu.. kunci rumah aku di dalam Myvi.. nape lah aku boleh terlupa.. nak x nak mmg kena panjat tembok lah.. nak minta tolong ngan bebudak di situ.. x nampak batang hidung pun.. so, terpaksalah aku berlagak macho, menebalkan muka ni utk memanjat tembok... alhamdulillah.. nasib baik dpt kuncinya semula... kalau tidak mati kutu aku...
SINOPSIS:
SUATU ketika dahulu, luahan rasa cintanya pernah dipersenda. Madah rindu dan puisi syahdunya buat Jefri menjadi ejekan teman-teman sekolah. Zara Lisa, malu tidak terkata. Sejak saat itu, nama Jefri terus dikikis daripada ingatannya. Bertahun dia memegang prinsip; bercinta bermakna membiarkan diri terluka dan kecewa.
Waktu terus berlalu. Persoalan tentang jodoh mula menghantui hidup Zara Lisa. Cemuhan dan sindiran tentang statusnya, bagai duri berbisa. Hingga dia difitnah, terdesak hendak bersuami. Kata dua daripada emak; bawa pulang calon suami atau emak yang carikan, memaksa Zara Lisa berbuat sesuatu. Dia tidak boleh mengharapkan cinta datang sendiri. Speed dating menemukan Zara Lisa dengan dua orang lelaki. Erman yang tampan bergaya dan gentleman membuatkan dia jatuh cinta pandang pertama. Beria-ia dia menyulam mimpi untuk menjadi permaisuri lelaki itu. Tapi, rupa-rupanya warna cinta mereka cuma kelabu. Erman, playboy yang bijak menabur janji palsu untuk memikat. Lelaki kedua pula, Harith yang serba sederhana turut menghulurkan salam cinta sedangkan di hati Zara Lisa, hubungan mereka hanya sebagai kawan.
Lamaran daripada Jefri, mengejutkan Zara Lisa. Dia terpaksa menerima biarpun hatinya tidak rela. Harith muncul dan menceriakan kesedihan Zara Lisa. Dalam diam, dia mula merindui lelaki itu yang pernah dipandang sepi sebelum ini. Harapannya terhadap Harith setinggi gunung setelah ikatannya dengan Jefri ter lerai. Dalam membina janji kasih, kebahagiaan Zara Lisa diuji sekali lagi. Siapakah Harith sebenarnya? Sedangkan cinta sejati tiada ruang untuk prasangka...
*****
setelah membaca.. wah! bestnyer.... he he he.. menyentuh perasaan! terus terang aku menyatakan bukan mudah apabila kita bersendirian.. dan bukan mudah juga untuk kita mengembalikan semangat setelah hati & perasaan kita terluka.. hanya DIA yg mengerti perasaan ini...
sebelah malamnya.. aku menonton filem 'Ayat-Ayat Cinta..' filem ini diadaptasi daripada Karya Habiburrahman Saerozi, Universiti Al Azhar, Cairo. Ianya adalah filem cinta.. penuh dengan unsur-unsur pengajaran lebih-lebih berkaitan tentang percintaan dalam Islam. Dating? Surat Cinta? Taaruf? Jodoh? Fitnah? Pengorbanan? Pengharapan? Kesolehan? Semuanya ada dipaparkan di dalamnya. Menyentuh perasaan... apa2pun.. mmg best!
SINOPSIS:
Ayat Ayat Cinta is a beautifully portrayed Islamic love story – a tale of a virtuous Muslim protagonist who overcomes all obstacles of life maintaining pure ideals.
Fahri bin Abdillah is a poor, intelligent student who wins a scholarship to complete his graduate degree at Egypt's esteemed Al Azhar University. Very disciplined and dedicated by nature, Fahri embraces his life in Cairo, completing his studies and translation of religious books with full enthusiasm, exactly according to pre-determined targets.
Only one goal is left unattempted: the pursuit of marriage.
For Fahri is innocent and pure, and doesn't believe in the concept of relationships prior to marriage. He is inarticulate and shy around women. All his life, only two women have been close to him – his mother and grandmother.
Life changes drastically in Egypt for he suddenly finds himself surrounded by four beautiful, distinctly different women.
Maria Girgis, a shy, open-minded Coptic-Christian neighbor who is attracted to the teachings of the Holy Al Quran, finds herself falling in love with Fahri (a fact she only reveals to her diary).
Nurul, a student at Al Azhar like Fahri, is the Muslim daughter of a renowned Indonesian cleric. Fahri feels unworthy of her and thus ignores his feelings for her, leaving her confused and guessing.
Noura, an abused Egyptian neighbor, develops strong romantic feelings for Fahri, who in turn simply sympathizes with her situation. His romantic rejection destroys her and eventually leads to a false accusation of rape.
Aisha, a German Turkish student in Cairo haunts Fahri with her beautiful eyes. Following an incident on the metro where Fahri defends her against narrow minded bigoted Muslims, both immediately develop feelings for each other.
As the story unravels, the protagonist makes the audience face the daunting decisions he himself faces, and forces us to marvel at his undying loyalty to the true ideals of Islam as he ultimately makes the choice of a lifetime.
he he he.. layan...... aku nak download Upin & Ipin.. x boleh2 lg.. rindu suara si Upin & Ipin nih... semua org sukakan kartun ni.. termasuklah mak ayah aku.. x puas rasanya ape taknya.. tayangannya hanya 5 minit saje... huk huk.. aku br dpt download episod 13 & 14... x per2.. sabar2..
Tuesday, October 7, 2008
kisah rumput dan orang yang disayangi...
Pada suatu pagi di satu sekolah menengah, ada seorang pelajar bertanya pada seorang guru yang sedang mengajar. Ketika itu, guru tersebut sedang menyentuh mengenai kasih dan sayang secara am. Dialog di antara pelajar dan guru tersebut berbunyi begini :
Pelajar : Cikgu, macam mana kita nak pilih seseorang yang terbaik sebagai orang paling kita sayang?. Macam mana juga kasih sayang itu nak berkekalan?
Cikgu : Oh, awak nak tahu ke? Emmm... baiklah, sekarang kamu buat apa yang saya suruh. Ikut je ye...mungkin kamu akan dapat apa jawapannya.
Pelajar : Baiklah...apa yang saya harus buat?
Cikgu : Kamu pergi ke
Pelajar : Ok. Saya pergi sekarang dan buat apa yang cikgu suruh.
Apabila pelajar tersebut balik semula ke kelas, tiada pun rumput yang berada di tangannya. Maka cikgu pun bertanya kepada pelajar tersebut.
Cikgu : Mana rumput yang cikgu suruh petik?
Pelajar : Oh, tadi saya berjalan di atas rumput dan sambil memandang rumput yang berada di situ, saya carilah rumput yang paling cantik. Memang ada banyak yang cantik tapi cikgu kata petik yang paling cantik maka saya pun terus berjalan ke depan sambil mencari yang paling cantik tanpa menoleh ke belakang lagi. Tapi sampai di penghujung
Cikgu : Ya, itulah jawapannya. Maknanya, apabila kita telah berjumpa dengan seseorang yang kita sayang, janganlah kita hendak mencari lagi yang lebih baik daripada itu. Kita patut hargai orang yang berada di depan kita sebaik-baiknya. Janganlah kita menoleh ke belakang lagi kerana yang berlaku tetap dah berlaku. Dan semoga yang berlalu tidak lagi berulang. Jika kita berselisih faham dengan orang yang kita sayang itu, kita boleh perbetulkan keadaan dan
hurmmm.. ye ker prestasi aku slow?
hurmmm... we built telecommunication tower for Celcom, DiGi, Maxis based on coordinate that will given by their planner.. based on that we will proposed locations usually more than 3 locations should I present to them.
masuk kg keluar kg, masuk pekan keluar pekan.. panjat bukit.. redah semak untuk padankan dgn koordinat yg diberi.. kekadang aku sampai rumah pkl 9 mlm.. aku wanita.. nasib baik bujang.. kalau berkahwin, mahunya suami masam mencuka... he he he he... itu baru internal tasks.. lepas semuanya secured dgn erti kata tuan tanah bersetuju, so, for external.. I will arrange with Celcos Planner.. to decide which one the best location that meet their coverage objective... to get their approval pun ambil masa juga... nak dptkan diorg utk turun buat site visit pun susah... always training.. aku jer yg x der training.. semuanya bidan terjun... untuk tujuan ini, alatan yg aku selalu ada adelah GPSMAP 60CSx, compas, camera, Google Earth and Wikimapia... hurmmm.. utk ambil panaromic view pics.. aku akn naik skylift yg boleh mencecah 80ft.. berani x beraninya aku... sewaktu di atas, bergoyang-goyang je... lepas dr site visit, kena sediakan site survey report.... then upload dlm sistem.. after got green light from Planner then masuklah pula phase 3.. iaitu negotiation with landowner... wah... bukan mudah.. nak deal harga dgn landlord.. kekadang kena kreatif.. ha ha ha.. kekadang kena maki hamun pun ade.. semuanya adalah.. tabah saja.. tp x siapa pun mengerti.. betapa susahnya nak handle perkara ini... kekadang byk yg pending disebabkan harga sewaan.. kekadang disebabkan tenancy agreement... kalau individual land.. agak senang.. mudahlah sikit.. kekadang masalah yg dihadapi bila individual land ini adalah masalah P.H.D... ade saje yg x kena.. bila disentuh isu radiasi dr menara.. semua org takut... padahal diorang tahu ke ape itu radiasi.. dari mana dtgnya radiasi.. ini tidak, masyarakat hanya menerima sj ape yang org lain ceritakan.. padahal diorg x tahu, yg pembawa cerita tu ade penyakit P.H.D.. ha ha ha! semuanya nak kena resolve... makin susah kerja.. ok.. bila timbul isu radiasi dah la nak kena deal dgn MCMC utk adakan forum... semuanya akan melambatkan kerja pembinaan jika aku x selesaikan perkara ini... tp perkara ini jrg2 berlaku.. alhamdulillah.. bila project tgh berjalan.. tiba2 laluan ke tapak ade masalah... ha ha ha ha.. aku juga... org cari aku.. sbb aku yg berjanji dgn mereka.. aku bukan setakat secured site tapi kena juga make sure penggunaan laluan ke tapak x ade masalah.. surat-menyurat, urusan rundingan akn dibuat oleh aku.. bila site dah handover.. jln x dibaiki.. org kampung akn call and inform.. ape ni cik ada.. kata lepas siap, jln akan baiki.. susahlah sy, cik ada.. bisness sy x jln, org kg marahkan sy... hurmm.. hampeh.. perkara ni, aku dah ajukan kpd mereka yg sepatutnya... alih2 aku yg terpaksa mengadap masalah ni... aduhai... kena pula tanah government.. huh, bkn main byknya prosedur yg harus diikuti... kekadang malu alah pula bila kerap kali kita nak tanyakan perkembangan permohonan kita... layan pun mcm x nak layan je... diorang x faham kerja kita mcm mana, asyik ditekan-tekan pihak atasan... kena pula tanah private.. lagi2 la byk hal... nak tak nak site yg pending since 2005 and earlier 2006.. aku belum lagi kerje di company ni... huh aku juga nak kena settle.. private land.. faham2lah.. bkn mudah... sebenarnya bukan mudah untuk berada di position ini.. org hanya tahu, kita mesti achieve target.. we must! what I should do right now? berikanlah kekuatan & ketabahan... kreatifkanlah hambaMu ini, Ya Allah... permudahkanlah kekalutan-kekalutan aku ini... aku x tahu mcm mana nak percepatkan semua site ni... kalau boleh aku pun x mahu nak pending lama2 semua site yg under aku ni.. dah naik mual dah... ok.. ok.. cari semangat semula cik ada.. be strong... yakin boleh... ye yakin boleh!he he he he... bila org tanya department mana yg aku nak joint... ade brp byk department yer? he he he! kurang ajor betol le tu... sabar je lah.. de tak department human resource? department IT ker? tp kalau x ade keje luar... x seronok juga.. x naklah asyik terperap je di ofis... hurmmm.. x per lah! selagi boleh bertahan... aku akn selesaikan semua perkara yg telah aku mulakan.. cuma aku perlukan strategi to resolve all the problems... he he he he.. you can do it! the best woman wins.... yehaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa! aku x der lah slow sgt... cuma dgn diorg yg aku berurusan jer yg slow down.. asyik breakdown je... hu hu hu... kawan2 kasi semangat pd aku! be the best among the best.... yep.. yep... yep... horrreeeey! aku nak updatekan semua keje nih!
Cik Joriah Sobri... single lagi ni..
Monday, October 6, 2008
bumper & skirt ...
1st day after Hari Raya..
Sunday, October 5, 2008
alang otromen
Happy Birthday Muhammad Afif Syahmi - 1st Birthday
Memperkenalkan Muhammad Afif Syahmi
Permata Hati
Aida & suaminya