Sunday, April 5, 2009

never be replaced ...





pinky gurl ..


ermmm... sweet & soft color, rite?
jealous? dun be jealous... I luv this color!

gubahan utk my luvly sis, Husna ...


he he he, :) ... cute x? I luv pink very much... x tahulah knp warna ini yg menjadi pilihanku... sweet & soft color... sesuai dgn jiwaku... rasa damai & tenteram... hinggakan adk aku pun heran..
" sejak bila suka color pink ni? "
aku hanya tersenyum saja... dulu mmg hijau menjadi kegilaan ku tp kini, pink menjadi pujaan... a`aah! suke sgt.... he he he! 2 pics di atas itu adalah bekas hantara yg aku gubah sendiri... it was my second craft... sblm ni, aku design bekas utk my 2nd bro, Fakhrul... dia tunang 09.03.09... tarikh yg cantik, rite?... I'm happy for them... utk my 3rd sis, her day will be on 11.04.09.... ramai yg nak dtg... mak & bapa sedara sebelah mak & ayah... sepupu2x.. huh! ramai giler... btw, I'm happy... sdh pasti, org akn tertumpu pd aku (hah! perasan lah tu...) soalan bonus yg mesti dikemukakan.. " akaknye, bila lg? " ... jwpn yg terbaik yg akn kuberi adalah... " akaknye tunggu anak raja kapur dtg meminang " kalau x pun... he he he " future husbandnye still di Europe.. x tahu jln pulang "... dtglah seribu soalan pun... berjuta2x jwpn boleh kuberi kerana aku redha jika itu takdirnya utk aku... wah! sadis betul... kui kui kui.. tapi cantikkan aku punya gubahan tu? sweet je, kan... my mum pun feel excited, tmsk lah si Husna.... bila kita ikhlas, segala-galanya akn berjalan lancar...

Kembali Pulang

Andai itu takdirnya.. aku redha..


Thursday, April 2, 2009

dia dah kawin ...

a`aahh.. dah lama aku x review aku punya friendster.. ye lah, sejak blogging aku tinggal terus fs aku tuh... tetiba ht ni tergerak nak review fs. So, semua profile aku jengah... aku tengah mengumpulkan rakan2x masa matrix utk ke majlis Awin 18/4 ni... then, ade satu profile ni.. aku mmg angin nak jengah... tp, ku jengah juga... hurmmm... patutlah! rupanya dah kawin mamat tu... peristiwa tu masih lg segar hingga ke hari ini... ye lah! perkara yg mengecewakan & mengguris ht sendiri, sapa2x pun x akn dpt melupakannya... dah kawin rupanya.. btw, x tahulah samada akan ikhlas kah aku mengucapkan tahniah atau pun x... tp perkara tu sudahpun menjadi sejarah... hanya DIA shj yg tahu betapa sakitnya hati ini... hidup ini umpama roda... ada masa kita di atas dan ada masanya kita di bawah.. jika begitu layanan yg kita terima, satu masa nanti ianya akan berbalas juga biarlah masa menentukannya... semoga ikatan itu berkekalan hingga ke akhir hayat...

celoteh cikodos

cinta.. cinta tu ape ek? hurmmm... aku pernah jatuh cinta tak? hurmmm... pernah tak? entah... aku pun x tau... aku betul2x tak tau... tp bila dia x ada... bila dia x muncul.. bila dia x mencari-cari aku.. bila dia tdk menjadikan aku sebagai pendengar bg setiap ceritanya.. dia membuatkan aku tertunggu-tunggu.. bila dia muncul... dia buatkan aku tersenyum lebar... he he he... tp bila dia menceritakan ttg perempuan lain, a`aaahh... br aku sedar bahawa aku bkn pilihannya... saat itu... aku rasa amat terkilan... jantung aku berhenti berdegup... darah aku berhenti mengalir... uwaaaa... aku kehilangan dia... tp knp aku rasa begitu? ha ha ha! hebatnya perasaan... kerana perasaan adakala memusnahkan kita... kkdg kita sanggup 'menyerahkan' walaupun ianya tdk sepatut terjadi... tp itu lah realitinya... pemikiran kita telah berubah sejajar dgn kemodenan manusia... arus perubahan corak ikutan kita telah 'maju' setapak lagi.... keh keh keh... ape yg aku merapu ni yg sbnrnya? aku pun x tahu... aku menulis ja... padahal penulisan bahasaku A1... terima kasih cikgu... walaupun aku telah moden.. moden dgn keadaan sekeliling... namun, hati aku tetap yg SATU... perkara yg lepas, sudah menjadi sejarah... sejarah itu menjadi panduan untuk aku supaya lebih TABAH dan BERHATI-HATI.... aku menjadi seorang yg cekal, lebih tabah kerana aku punya 'rakan' yg lebih mengerti akan isi hati aku.... aku terSENYUM sendirian... aku terasa BAHAGIA yg teramat sangat krn aku telah melepaskan semuanya..... samada faham atau tidak, hanya aku yang mengerti kerana aku hanya menulis untuk diriku... he he he! sabor ja la... jom gie mkn angin....


Bicara Hati Seorang Wanita ..

Segala puji hanya bagiMu Tuhan.. Lantaran telah menjadikan daku – seorang wanita.. Dicipta dari tulang rusuk kiri Adam Dengan seindah dan sebaik ciptaan

Daku….. Si tulang bengkok, Yang KAU gubah dengan kekuatan perasaan, Mengatasi panjangnya akal fikiran, sebagai fitrah dan anugerah, Hasil doa seorang lelaki , Namun Ya Allah.. Biarlah kejadianku memberi guna, bengkok yang ada manfaatnya.

Kiranya daku menjadi seorang isteri, Kurniakanlah padaku kekuatan, Menjadi tulang belakang seorang suami, seorang mujahid.. Pengembang perjuangan disayap kiri, Diadun dengan kelembutan, Menjadi teman sejati, sahabat setia, penyejuk mata, pembina semangat dan penguat jiwa.. Seanggun peribadi Saidatina Khadijah, Ketenangan baginda Rasulullah, utusan Allah.

Bebas jiwa dari belenggu keperempuanan, Yang memiliki sembilan nafsu
Merdeka dari kepentingan peribadi, Setulus Siti fatimah yang seringkali ditinggalkan suami, Saidina Ali
Dihantar pemergiannya tanpa bertanya “Bila kan pulang?” Disambut kepulangannya dengan penuh khidmat dan kemanisan, Bersulamkan kemesraan, Rumahtangga adalah syurga, Wadah suburnya CINTA ketuhanan, Ubudiyyah, Akal yang tunggal tidak dibiarkan, Hanya berlega dicelahan periuk belanga, Di sebalik lipatan lampin anak, Menjangkau kebangkitan Islam di alam sejagat, Menjadi pentadbir di sebalik tabir!!!

Namun Ya Tuhan, Siapalah daku untuk memiliki Watak wanita solehah pendamping nabi Dek berkaratnya mazmumah yang bersarang dihati Maka kurniakanlah daku Sekeping hati yang sentiasa insaf Hak seorang suami Tidak kan mungkin kupenuhi Biar telah ku jilat nanahnya yang berlelehan Biar telah ku tadahkan wajahku Buat mengusap debu di telapak kakinya……

Dan sememangnya daku mengimpikan Watak seorang ibu Yang bakal melahirkan Putera-putera secekal Musa’ab bin Umar Menggadai dunia demi kasih Tuhannya Segigih Zubair Ibnu Awwaam Yang diangkat Rasul sebagai ‘hawarij’nya Hasil didikan seorang wanita bergelar ibu Jua Memiliki puteri setabah dan seteguh Masyitah Rela direbus demi mempertahankan iman Atau sesuci Maryam – seluruh hidupnya Mengabdikan diri kepada Tuhan

Meskipun daku bukan ibunya yang memiliki peribadi semurni Siti Fatimah Ibu Syeikh Abdul Kadir Jailani
Yang tiap titis darah mampu berzikir ke hadrat Ilahi Namun Mudah-mudahan zuriatku Bakal menampilkan
Mujahid-mujahid yang rindu memburu syahid Srikandi-srikandi yang mampu memakmurkan muka bumi Allah
Dengan ketaqwaan, kesolehah, ramainya ummat Rasulullah Yang saling redha berkorban dan dikorbankan
Buat menyemarakkan Islam di akhir zaman Sebagaimana kisah seorang ibu yang telah kematian
Putera-puteranya di medan jihad : “Mereka telah berbahagia sebagaimana aku bahagia. Aduhai, kiranya aku punya seorang anak lagi, Kurelakan dia turut gugur di jalan Ilahi!” Dan seandainya daku ditaqdirkan kehilangan mereka Setenang Ummu Faisal Yang tidak menjadikan kematian suami dan anak-anaknya
Halangan Kecintaan padaMu Ya Ilahi

Redhailah daku yang dhaif ini sebagai hambaMu Inilah pengaduan harap dan munajat
Kiranya KekasihMu sendiri pernah menyatakan “ Kulihat kebanyakan dari isi neraka itu adalah wanita……..”

~~ ***~~