Monday, December 15, 2008

tak terluah rasanya isihati ini ...


` Sungguh menyakitkan mencintai seseorang yang tidak mencintaimu, tetapi lebih menyakitkan adalah mencintai seseorang dan kamu tidak pernah memiliki keberanian untuk menyatakan cintamu kepadanya '


MINGGUAN, Ahad, 14 Disember 2008; Kesihatan.12

He he! tatkala membaca petikan itu, membuatkan diri rasa terpukul. Mana tidaknya, semua itu telah menjadi kenangan yg paling berharga kerana terlalu byk pengajaran yg ditimba daripadanya. Daripada mengenali cinta hinggalah cinta itu putus.. cinta bertepuk sebelah tangan pun ade ... yg pura2x cinta pun ade juga ... yg menolak cinta bila saat cinta dilafazkan pun ade ... namun, aku masih mampu tersenyum. Cinta? Masihkah wujudnya cinta disanubari aku ini? At this moment, I dun feel nothing. What I fell right now is distress about one thing and I hate most this matter. Part yg paling tersentuh dan mengguris hati & perasaan adalah bila persoalan jodoh dibangkitkan acapkali ... kenapa masyarakat disekeliling tidak mengerti bahawa jodoh & pertemuan adalah urusan Allah? Kekadang mereka mengerti cuma itulah sifat manusia yg tidak pernah mengendahkan hati & perasaan plaintif iaitu aku! aku yg melaluinya hanya seringkali disuruh bersabar ... mungkin ada hikmah disebaliknya ... kekadang aku mempertikaikan juga ... kenapa dugaan yg begini harus aku laluinya? ... tidak cukup sifatkah aku? tidak cukup baikkah aku? atau _ _ _ _ ke aku ni? at last, aku rasa aku ni x lawa ... ha ha ha! tu jer caranya nak pujuk hati aku ni ... tp cukup sedih bila x der org nak mengerti apa yg aku rasa tatkala ini. kalau boleh, aku nak senyapkan jer diri aku ni ... malas nak ambil tahu apa yg terjadi ... begini lebih tenang rasanya ... peace cik ada! bersabar dan terima aje qada & qada` yg telah ditentukan ... mungkin ada hikmahnya. Tapi kenapa aku tetap berasa airmataku ini akan mengalir sepanjang masa? Aku hanya mampu berdoa semoga pendirian aku masih teguh & semoga aku dibawah payung rahmat-Nya dan kasih-sayang-Nya.

Doa ketika dukacita dan sedih


Maksudnya:


Ya Allah, sesungguhnya aku adalah hambaMu, anak kepada hambaMu, anak kepada hamba perempuanMu, ubun-ubunku di tanganMu, terlaksana ke atasku hukumanMu dan adil kehakimanMu terhadapku, aku memohon kepadaMu dengan setiap nama yang Engkau namakan dengannya diriMu, atau Engkau turunkan di dalam kitabMu, atau Engkau telah mengajarnya kepada seseorang daripada makhlukMu atau yang tersembunyi pada ilmu ghaib di sisiMu, jadikanlah Al-Quran penenang hatiku, cahaya di dadaku, penghapus kedukaanku dan penghilang kesusahanku.





Maksudnya:

Ya Allah, aku berlindung denganMu daripada ditimpa kesusahan dan kedukaan daripada kelemahan dan kemalasan, daripada kedekut dan perasaan takut dan daripada desakan berhutang dan paksaan orang.

Doa Istikharah

Doa Istikharah bererti:
Memohon semoga Allah menunjukkan keputusan yang terbaik untuk dilaksanakan.

Kata Jabir bin Abdullah: Rasulullah s.a.w. mengajar kami beristikharah dalam semua pekerjaan seperti baginda mengajar kami satu surah dari Al-Quran, sabdanya: "Apabila seseorang kamu mempunyai rancangan untuk melakukan sesuatu hendaklah dia melakukan solat sunat dua rakaat, kemudian bacalah doa ini:




"Ya Allah, aku memohon petunjuk daripadaMu dengan ilmuMu dan aku memohon ketentuan daripadaMu dengan kekuasaanMu dan aku memohon daripadaMu akan limpah kurniaanMu yang besar. Sesungguhnya Engkau Maha Berkuasa sedangkan aku tidak berkuasa dan Engkau Maha Mengetahui sedangkan aku tidak mengetahui dan Engkaulah Yang Maha Mengetahu segala perkara yang ghaib. Ya Allah, seandainya Engkau mengetahui bahawasanya urusan ini (sebutkan..) adalah bagiku pada agamaku, kehidupanku dan kesudahan urusanku sama ada cepat atau lambat, takdirkanlah ia bagiku dan permudahkanlah serta berkatlah bagiku padanya da seandainya Engkau mengetahui bahawa urusan ini (sebutkan..) mendatangkan keburukan bagiku pada agamaku, kehidupanku dan kesudahan urusanku sama ada cepat atau lambat, maka jauhkanlah aku daripadanya dan takdirkanlah kebaikan untukku dalam sebarang keadaan sekalipun kemudian redhailah aku dengannya".

(sebutkan urusan yang dimaksudkan di tempat yang bertitik).




3 comments:

sinahuy nima said...

Cik Aton...jgn sedih2..nanti mata cek pedih...
Jodoh ada tapi mgkin belum ketemu...sabar aje.Doa byk2 ye..n senyum sokmo..

Cik Adawiyah said...

;). 10q my luvly frenz. There is only can I do, be patient & always prays for Allah for HIS blessing.

Jojoe said...
This comment has been removed by the author.