Tuesday, September 13, 2011

bila diminta untuk mendahulukan ...

sebenarnya bila mendengarnya saja, aku sudah rasa menggigil ... akan tetapi bab inilah yang paling tidak disukai oleh aku, kerana aku jarang sekali mengamalkannya dalam hidup aku. Entah kenapa untuk orang lain, mereka terasa begitu mudah untuk menuturkannya tanpa memikirkan akan tanggungan orang yang menghulurkannya. aku tidak faham ... betullah kata pepatah, bila kita berbelanja atau ingin membantu orang lain, ukurlah baju dibadan sendiri. kalau rasa kita mampu, kita bantulah.. kita berbelanjalah secara hemahnya. kalau kita dah ada tanggungan, buatlah bajet kehidupan. yang mana patut kita dahulukan, kita dahulukanlah ... jika kita bertangguh, maka nilai itu akan menjadi dua kali ganda itu ... dan pada masa inilah jika kita makin 'kosong' poket kita akan mula mencari rakan lain untuk mendahulukannya. Allahuakbar! Engkau bantulah hambaMu ini daripada melakukan dosa hati ... aku tidak mampu untuk menuturkan perkataan TIDAK kepadanya kerana aku mengharapkan dianya berfikir. kenapa aku rasa berat membantu? kerana aku tahu, bahawa sepatutnya ianya mencukupi kalau digunakannya secara berhemah. kalau aku yang bersalah, tegur2xkanlah ...:(





kedekut ker aku nih?




5 comments:

anisyazila said...

alamak..sebab i minta magnetic fridge ker??huhuhuh

Adawiyah Wafi said...

kah3x ... bukan ko la ... org len :p

anisyazila said...

hehehe..seb baik..kikiki..rajin2 ler update blog yer...nnti p HK upload gambar n story banyak2 sini..mesti best baca...

Adawiyah Wafi said...

itu sudah tentu! x sabar nak gi nih ...

Adawiyah Wafi said...
This comment has been removed by the author.